Sunday, February 15, 2009

VANILA&CERITA SUKA DUKA

tiba2 teringin utk berkongsi suka-duka perjuangan mencari rezeki..dalam usaha mencari ruang dan peluang pasti akan bertemu pelbagai cerita suka,gembira&ketawa..pun begitu tak kn terlepas untuk berpaut selingan cerita duka,kecewa,hinaan,cacian,tohmahan dari pelbagai sudut yg ada kalanya benar2 mencabar wibawa&maruah..keberanian,cita2serta ke azaman terjun ke dunia perniagaan telah mencatat sejarah jg cerita yang bukan sekejap..betahun2..teringat bagaimana peritnya saat-saat menjaja bunga ditengah ribut petir&hujan lebat..pulang dengan tangan kosong namun telinga tersumbat mendengar ejekan,umpatan masyarakat yg tak pernah yakin apata lg percaya....benarlah kata orang teman ketawa mudah dicari..tak payah caripun.akan datang sendiri...teman menangis teramat sukar..belumpun menangis.berair mata termasuk habuk.dah bertempiaran lari..lumrah manusia..suka sangat menghakimi@memburukkan hidup orang lain.sedang orang yang mereka hakimi,tak pernah tidur sampai dinihari.tak pernah kenal putus asa&kecewa.tak pernah peduli apa orang kata.telapak kasut haus tak berhenti berlari mencari rezeki..sedangkan mereka menjadi hakim&menghakimi orang lain sambil duduk minum secawan dikedai kopi dari pagi hingga ke senja.. mengenal VANILA telah mengubah sedikit tempo kehidupan.memang masih jauh dari kejayaan,tetapi lagi jauh dari kegagalan..VANILA membawa diri berpeluang untuk menjelajah negara indonesia setiap bulan,meredah musim sejuk di Shenzen China.semua jauh dari mimpi sebelum ini..tetapi inilah hakikatnya..siapa dan apapun kita sebelum ini,bukanlah penentu kita akan jadi siapa dan apa di masa depan..pada rakan2 niaga di negara rumpun Indonesiaba pak agus,bapak rudi,bapak herman,ibu rina,ibu elda.terimakasih atas kepercayaan..

No comments:

Post a Comment